Dalam hidup kita selalu mencri kesempurnaan, kesempurnaan yang mampu memberikan kita kebanggaan dan juga kesenangan, tapi tak semua yang ingin kita capai akan kita perolehi. Berpegang pada satu prinsip 'cuba lagi', saya tak akan pernah mengalah. Kalah dengan takdir? Tidak ada istilah begini dalam kamus kehidupan seorang manusia, manusia yang kalah dengan takdir adalah manusia yang kalah dalam perjuangan imannya sebagai seorang manusia.
Mengapa kita tak boleh kalah dengan takdir? Sebab takdir yang berlaku adalah ujian yang diberikan oleh tuhan kepada kita supaya menjadi seorang pejuang dalam kehidupan. Tangisan dan kekecewaan bagaikan bunga yang menghiasi perjalanan. Bukan semua yang kaya terus kaya bukan semua yang miskin terus miskin. Yang kaya mesti bersusah payah untuk kekalkan kekayaan, yang miskin pula harus berusaha supaya tidak kekal miskin. Semudah itu!
Segala dugaan yang diberikan kepada kita menunjukkan bahawa tuhan tahu kita mampu untuk menangani masalah dan kekecewaan tersebut, ini kerana tuhan hanya akan menguji hambanya yang Dia tahu hambanya itu seorang yang kuat. Jadi seharusnya kita harus bersyukur kerana tuhan telah menyediakan kita dengan senjata paling kuat, iaitu ketahanan mental bagi menghadapi masalah dan tekanan yang lebih besar dimasa akan datang. Yang penting kehendak dan semangat yang tinggi harus menjadi peneman di dalam hati dan di dalam minda.
Apa sahaja perkara buruk yang terjadi itu, kita anggap sahaja sebagai kenangan untuk dikenang hingga ke akhir hayat. Tanpa kesusahan kita takkan mengerti apa itu erti kejayaan.
p/s
seorang kawan pernah berkata pada saya
'ayien, i know u akan berjaya because u have a strong will'
............ dia kenal saya dan saya tahu kata-katanya itu ikhlas!
terima kasih ;)
owh,esok ada interview GOOD LUCK for me.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hari ini bukan hari kamu...tapi igt, hari esok sudah pasti...
ReplyDeletesenyum2 sokmo..kekekekee